Saturday, July 26, 2008

Latar Belakang Projek Ternakan Lembu


Galakan Kerajaan

Perusahaan yang dirancangkan adalah merupakan perusahaan ternakan dan pengeluaran daging segar dari ladang ternakan moden secara intensif berbentuk komensial dikenali sebagai ternakan lembu fidlot. Pengeluaran ladang adalah dalam bentuk lembu hidup. Fidlot komensial telah diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan bermula dari pada tahun 1986. Ini selaras dengan Perkara 31 Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998 – 2010) Demensi baru; Pengeluaran daging lembu , kambing, bebiri dan susu segar akan dipertingkatkan untukpasaran tempatan dan aktiviti penternak kecilyang berpontensi akan terus diubah operasinya kepada operasi komensial yang lebih besar.

Memenuhi Permintaan Kerajaan

Permilihan Rancangan Perniagaan ini berasaskan peluang pasaran yang bagitu besar terhadap daging segar. Pada masa ini, bekalandaging segar tempatan hanya menyumbang sebanyak 25 %Sahaja dan ini merupakan syer pasaran yang sangat rendah,. Selebihnya, bagi memenuhi keperluan Negara, sebanyak 75 % lagi merupakan daging sejuk beku yang dimpot. Oleh itu perusahaan ternakan lembu fidlot ini mempunyai potensi perniagaan yang sangat berdaya maju.

No comments: